Monday, October 31, 2016

PANTUN PATRIOTIK

Sulaman tekat kebaya Melaka,
     Ambil dibawa ke Batu Pahat;
Malaysia berdaulat bebas merdeka,
     Sehati sejiwa bersama muafakat.

Tenunan tekat di bawa ke Sabah,
     Corak dahlia bermanik mutiara;
Perpaduan erat jalinan muhibah,
     Hidup bahagia aman sejahtera.

Ira mazira wahab
Tawau, Sabah
22 Ogos 2016

Sunday, April 17, 2016

PANTUN NASIHAT

Kasut cantik hiasi renda,
   Kemas diikat dengan tali;
Buat baik berpada-pada,
   Buat jahat jangan sekali.

Cantik menawan burung merak,
   Memasang jerat di musim luruh;
Ikhlas berkawan janganlah riak,
  Silaturahim erat sentiasa teguh.

Ira Mazira
Tawau Sabah.
17 April 2016.

Tuesday, April 12, 2016

PANTUN (UNTUK GURU LUKA-LARA)

Buat guru duka-lara

Tanam selasih di tanah rata,
   Ambil diikat daunnya sekati;
Biarpun kasih jauh di mata,
   Namun dekat di dalam hati.

Ira Mazira
Tawau, Sabah.
12 April 2016

Friday, April 8, 2016

PANTUN KASIH SAYANG II

PANTUN KASIH SAYANG II


Tanam selasih di batas lama,

   Mekar terjalin hingga ke perdu;
Sulaman kasih kekal selama,
  Cinta terjalin tersimpul padu.

Pasang pelita di halaman rumah,

   Terang cahaya bulan purnama;
Bertahan cinta sampai ke Jannah

  Sumpah setia mati bersama.

Batang selasih dibawa bersama,

   Dibuat jamu sedia dihidang;
Dunia berkasih memukau sukma,

  Merindu dimu bukan kepalang.

Teguh akar rimbunan buluh,
   Pohon delima disinari suria,
Cinta
 mekar tak pernah luluh,
  Semat di sukma rasa bahagia.

Lagu terpilih gemersik bergema,

  Tiada jemu nyanyian didendang;
Dunia berkasih memukau sukma,

  Merindu dirimu bukan kepalang.

Di tanah rata di pinggir sawah,
   Terik mentari di sinari suria;
Jiwa bercinta bertanggam sudah,

   Ikatan terpateri menuju bahagia.

Turun cerunan ke tanah rata;

   Jauhnya berjalan beribu batu;
Pelamin angganan menjadi nyata,
  ke hujung nyawa kasih bersatu.



Ira Mazira

Tawau, Sabah.

PANTUN KASIH SAYANG

PANTUN KASIH SAYANG

Terbang riang si rama-rama,
   Di bawah rimbun pohon cemara;
Ke bulan bintang ingin bersama,
  Mengapai impian memadu asmara.

Tumbuh melata melati putih,
  Subur sungguh disinari suria;
jangkar cinta bertanggam kasih,
  Tersimpul utuh mengikat bahagia.

Terasa rindu bertunas sayang,
  Cinta terikat berlubuk jauh;
Siang merindu malam terbayang,
  Kasih tertambat terpahat utuh.

Gendang dipalu irama malam,
   Tiada jemu dendangan hiburan;
Di angin lalu ku sampaikan salam
  Buat dirimu di saat kejauhan.

Bunga melati ambil dibawa,
   Tanam selasih disinari suria,
Menyatukan hati dua jiwa
  Mekar kasih di persada bahagia.

Sulaman renda merah delima,
   Pakaian terpilih kain baldu,
Rindu dinda menyusuk sukma,
  Sulaman kasih tersimpul padu.

Tanam selasih subur di tanah,
   Mekar unggul bunga melati;
Kekal kasih sampai ke Jannah,
   Ikatan tersimpul agar dirahmati.

Ira Mazira
Tawau, Sabah.

Wednesday, March 16, 2016

PERSAHABATAN

Persahabatan

Sahabat
Ku masih lagi ingat di saat itu,
Tatkala kita bersama-sama bermain riang
Mengayuh basikal mengelilingi kampung
Melihat keindahan dan kedamaian desa permai

Sahabat
Kita belajar menelaah ilmu bersama
Saling membantu tanpa mengeluh kesah
Di antara kita saling memberikan galakan
Sentiasa berazam menuju ke puncak jaya

Sahabat
Walaupun kini masa telah melewati kita
Lipatan kenangan lalu masih mekar di ingatan
Tak akan terluput walaupun kini kita berjauhan
Percayalah kalian tetap bersemi di lubuk hati ini.

Ira Mazira
Tawau, Sabah
16 Mac 2016

Tuesday, March 15, 2016

MENCARI REDA-NYA

Mencari reda-Nya

Di saat ku bersendiri
Sunyi sepi yang kurasai
Inginku mencari damai di hati
Kekhilafan perlu diperbaiki
Ujian yang perlu diharungi
Membersih jiwa nurani
Bersujud menyerah diri
Mencari keredaan Ilahi
Peroleh ketenteraman hakiki
Nikmat hidup yang bererti
Segala amalan dipatuhi
Bekalan yang diberkati
Menuju kehidupan abadi
Semoga terus dirahmati.

Ira Mazira
Tawau, Sabah
14 Mac 2016


Sunday, March 13, 2016

KASIH IBU

Kasih ibu kasih sejati. Tiada tandingan emas permata. Kasih ibu membawa ke syurga.

Kasih ibu

Ibu
Sembilan bulanku di dalam rahimmu
Tiada keluh kesah meronta dihatimu
Kau begitu amat cekal melahirkanku
Siang malam tak jemu menyusuiku

Ibu
Tanpa hiraukan letih dan lelahmu
Kau tetap memberi belaian manja
Membuaiku dengan gemalainya
Mencurah kasih sayang sedalamnya

Ibu
Kau mengajarku  erti kehidupan
Mendidik dengan akhlak yang baik
Kau tanamkan akidah yang suci
Membimbingku menjadi anak solehah

Ibu
Kau tak pernah kenal erti susah payah
Membanting tulang mencari rezeki
Besar pengorbananmu tidak terhingga
Sungguh tak terbalas segala jasamu

 Ibu
Tiada tandingan sinar kasihmu
Tidak ternilai dengan emas permata
Sentiasaku doa kesejahteraanmu ibu
Sesungguhnya kasihmu sampai ke syurga.

Ira Mazira
Tawau, Sabah
14 Mac 2016

ILHAMKU

Ilham adalah cetusan minda yang berbisik untuk menghasilkan sesuatu yang indah . Inspirasi daripada sesorang yang dikagumi akan memberi ilham untuk menghasilkan sesuatu karya tanpa senggaja.

Ilhamku

Tok guru biasa
Ilmunya luar biasa
Yang penuh berjasa
Beri tunjuk ajar segala
Menambah ilmu di dada
Tak kenal erti putus asa
tak pernah bertentang mata
Tok guru di dalam maya
Setiap detik amat berharga
Ingin melihatku beroleh jaya
Moga berbuah emas katanya
Akan ku ingat segala kata-kata
Pesanan yang amat berguna
Budimu tetap bertahta di jiwa
Pejuang tulus tanpa tanda jasa
Biarlah segalanya rahsia.

Ira Mazira
Tawau, Sabah.
12 Mac 2016

KEKASIH HATI

Tiada cinta sejati melainkan cinta ilahi, namun cintai suami adalah cinta suci daripada seorang isteri yang mendambakan kasih sayang cinta tulus untuk dinikmati, selagi ikatan yang terpateri bersemi selamanya hingga ke hujung nyawa menuju Jannah yang kekal abadi.

SAYANGKU

 Kasih sayang adalah bunga-bunga cinta 
yang tulus ikhlas terbit dari sanubari.
 Indahnya cinta bagi insan yang menghargainya.

WANITA SEDUNIA

Dedikasi buat semua wanita di dunia ini.
"Selamat Hari Wanita Sedunia"
8 Mac 2016

SALAM UKHWAH


Assalamualaikum.
Cetusan Ilham Di minda adalah hasil karya yang saya garapkan untuk dikongsi bersama. 


"Saya budak baru belajar, 
kalau salah tolong tunjukkan"